 |
 - DJ LANGKAWIfm -
|
|
|
|
Langkawi fm - Front Page View
AMBANG MERDEKA 2007
Penduduk Langkawi menyambut detik 12 malam 31 Ogos, ulangtahun kemerdekaan negara ke-50 tahun dengan penuh gilang-gemilang.
Kira-kira 15 ribu penduduk dan 5 ribu pelancong membanjiri Stadium Langkawi untuk meraikan acara Ambang Merdeka itu. |
AMBANG VIP
Ucapan perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Y.B.Datuk Paduka Abu BAkar Taib.
Turut sama di Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan tanahair, Pegawai Daerah Langkawi Tuan Mansor Ismail,Pengurus Besar LADA Yghb Datuk Kamarulzaman Abd Ghani, serta ketua-ketua jabatan. |
AMBANG-PENTAS
Langkawifm turut menyumbangkan tenaga berganding bersama-sama LADA dan MTPL bagi menjayakan acara pentas yang dihidupkan dengan celoteh dwi-bahasa dua orang DJnya- AA dan Sufina@ Leo. |
AMBANG-BELAKANG PENTAS
Sementara itu PKZ dan Nurul serta para juruteknik Langkawifm sibuk di belakang tabir membawakan siaran secara langksung kepada pendengar yang tidak berkesempatan turut sama ke stadium. |
AMBANG-HARLEY
Orang ramai begitu teruja menyaksikan perarakan pasukan berkuda,200 buah motosikal berkuasa besar Harley Davidson, serta kerea buatan Malaysia TD 2000. |
AMBANG-TD2000
Kereta TD 2000 buatan Malaysia. |
AMBANG-PELANCONG
Antara pelancong asing yang akan membawa kenangan manis pulang ke tanahair masing-masing. |
AMBANG MERDEKA- DETIK 12 MLM
Detik 12 malam cukup meriah dengan tembakan bunga api serta laungan MERDEKA!!!! |
BINTANG KECIL
Pertandingan Bintang Kecil Zon Utara 2007 telah diadakan pada 25 Ogos bagi memilih wakil zon ke peringkat akhir pertandingan tersebut. |
BINTANG KECIL-AIN
Di pertandingan yang berlangsung di Auditorium Taman Budaya Ipoh Perak itu, Langkawifm diwakili dua orang pelajar daripada S.K Kedawang- Ain Syarmiemin Mohamad Zul dan Nur Syafira Saad. |
BINTANG KECIL-NUR
Nur bergaya dengan pakaian serba hitam. |
BINTANG KECIL-VIP
Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada pemenang oleh Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran(Rancangan) Dato Adila Shek Omar. |
BINTANG KECIL-HADIAH
Wakil Langkawifm, Ain Syarmiemin berjaya membawa pulang gelaran Naib Johan dan Persembahan Terbaik. |
BINTANG KECIL-TROFI
Ain menerima hadiah wang tunai RM300.00, trofi berserta sijil.
Sementara itu gelaran juara milik wakil Perakfm Syaza Farzana yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500.00, trofi berserta sijil menerusi dendangan lagu Gemilang. |
KEBABOOM!!!!
LANGKAWIfm dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi (MTPL),Bank Rakyat dan KLIKLfm telah berjaya menganjurkan Program Memburu Harta Karun Kebabom!! sempena ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-50.
PESERTA bagi Program yang menampilkan Sharul Bahat sebagai Pengarah Program dengan dibantu semua petugas Langkawifm itu, telah dilepaskan oleh Pengurus Besar LADA, Yhg. Dato' Kamarulzaman Abd. Ghani. |
7. SENAMAN AROBIK
SENAMAN AROBIK
Program yang menarik minat 60 orang peserta daripada 50 kumpulan itu dimulakan dengan senaman arobik |
6. S-T-R-E-T-C-H
|
5. MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Langkawi,Yang Berhormat datuk Paduka Haji Abu Bakar Taib. |
4. PEMENANG KUMPULAN TIGGO
KumpulanTiggo muncul juara dan membawa pulang wang tunai 500 ringgit. Naib johan dimenangi kumpulan Diva yang menerima 300 ringgit manakala 200 ringgit menjadi milik kumpulan Gagak Hitam ditempat ke-tiga.
Pemenang turut menerima baucer makanan beserta hamper. |
3.CARI APA TU?
Para peserta perlu melalui tujuh perhentian & menyelesaikan pelbagai halangan serta menjawab 35 soalan dengan tepat.
Taman Lagenda yang lengkap dengan pantai lanskap yang indah serta replika lagenda-lagenda Langkawi begitu sesuai dijadikan lokasi pilihan. |
2. TELITI MEMBURU KEMENANGAN
|
1. PESERTA & PETUGAS
|
BENGKEL KEWARTAWANAN PENYIARAN
Pengarah Penyiaran Kawasan Utara, Puan Kham Siah Hindon Md Said menyampaikan sijil serta ole-ole kepada para peserta Bengkel Kewartawanan Penyiaran Kwsn Utara. |
BENGKEL KEWARTAWANAN PENYIARAN
Tenaga pengajar di Bengkel Kewartawanan Penyiaran Kwsn Utara - En. Mustaffa Kamal, Pengawal Berita Radio RTM dan Pn. Noriani Idris, Ketua Unit Berita TV RTM. |
BENGKEL KEWARTAWANAN PENYIARAN
Para peserta Bengkel Kewartawanan Siaran Kwsn Utara, di Langkawifm dari 25-28 Februari 2007, anjuran IPTAR dengan kerjasama Langkawifm |
ANUGERAH PEGAWAI VERSATIL
Sekali lagi LANGKAWIfm terserlah apabila salah seorang kakitangannya menerima anugerah di edisi pertama Anugerah Angkasapuri, anjuran Kementerian Penerangan bagi menghargai bakti cemerlang warga kementerian itu.
Adzlina Mohd Anim, yang dikenali sebagai Lynn Anim @ Saggie Bee menerima Anugerah Pegawai Versatil pada majlis penganugerahan yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur.
Beliau terpilih berdasarkan pencapaian 2005. Antaranya menerbitkan rancangan serta bertugas di bilik hubungan sebagai DJ Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Menjadi juruacara protokol bagi acara-acara peringkat negeri dan antarabangsa.Menulis berita untuk TV dan radio, menerbitkan video-video koporat LANGKAWIfm, menerbitkan jingles untuk rancangan dan acara-acara khas jabatan serta berjaya menjual dan meningkatkan pendapatan iklan LANGKAWIfm. |
B) ANUGERAH ANGKASAPURI 2006
Sementara itu Pengawal stesen radio Klasik Nasional, Chuari Selamat menjadi pemenang sulung Piala Anugerah Angkasapuri dan pembaca berita RTM Harjit Singh Hullon pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Menteri Penerangan.
Anugerah Angkasapuri yang julung kali diadakan itu menerima 95 pencalonan bagi 16 kategori anugerah, tidak termasuk dua anugerah khas yang melibatkan kakitangan tetap, kontrak, artis berjadual dan petugas sambilan di kelima-lima agensi Kementerian Penerangan iaitu Jabatan Penerangan, Filem Negara, Bernama, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan RTM.
RTM mengungguli tujuh daripada 16 anugerah dipertandingkan melalui Adzlina Mohd Anim (Anugerah Pegawai Versatil), Saharruddin Ibrahim (Anugerah Jurukamera Terbaik-Single Camera), Ismail Abdul Ghani (Anugerah Penyunting Video/Filem Terbaik), A.Anissah A.Md.Yunos (Anugerah Penerbit Pengumuman Khidmat Awam Terbaik), Hendrick Foh Tze Seung (Anugerah Pengacara Terbaik), Sugiman Rafai (Anugerah Khidmat Sokongan Terbaik), dan Azizah Mat Isa (Anugerah Penyelaras Aktiviti Terbaik).
|
LAWATAN DATUK ZAM
Menteri Penerangan Malaysia Datuk Zainuddin Maidin telah membuat lawatan satu malam ke Langkawi pada 27 November 2006. Kehadiran beliau disambut kakitangan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Penerangan |
PROGRAM WAJA DIRI
Kakitangan LANGKAWIfm telah turun padang menyumbang tenaga selaku fasilitator dalam Progarm "Waja Diri" Sekolah Kebangsaan Langkawi.
Dj-dj PKZ, Amin, Ain, Sharul, Nani, Madonna, Suriati,Lisham dan Encik Sugumaran telah menjalankan beberapa aktiviti bersama-sama seramai 57 orang pelajar yang mengambil bahagian.
|
DATUK ZAM DI LANGKAWI
Warga LANGKAWIfm menyambut kedatangan Yang Berhormat Menteri Penerangan Malaysia di jeti Yatch Club Langkawi pada 27 November 2006. |
|
|
| Subuh |
5:56 A.M. |
| Syuruk |
7:17 A.M. |
| Zohor |
1:10 P.M. |
| Asar |
4:32 P.M. |
| Maghrib |
7:03 P.M. |
| Isyak |
8:15 P.M. |
| ::
www.sajda.com
:: |
|
 |
Rabu
05/12/2007
Pulau Langkawi

Pagi: Cuaca baik
Petang: Cuaca baik
Malam: Hujan
Suhu Min.: 24C
Suhu Max.: 33C
sumber : kjc
|
| |
1 | IZINKU PERGI * KAER |
2 | TIGA MALAM TANPA BINTANG * FIQ |
3 | FARHANA * JINBARA |
4 | RAMA-RAMA * ELLA |
5 | PERCAYALAH SAYANG * VINCE |
6 | SALING TERPESONA * DIDI & YANIE |
7 | MAHAKARYA CINTA * FAIZAL TAHIR |
8 | TAKKAN TERKEJAR * KHADEEJA |
9 | SUCI DALAM DEBU * FAIZAL |
10 | MEMBURU IMPIAN * KRISTAL |
|
|